Kereta Sewa Kota Bharu - Lundang 0197634646
Kereta Sewa Kota Bharu Kota Bharu merupakan salah satu tempat yang sentiasa menjadi tumpuan orang ramai terutamanya pelancong dari dalam dan luar negara. Mana tidaknya Kota Bharu merupakan ibu kota negeri Kelantan dan merupakan bandar tertua di bahagian sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia. Kota Bharu yang juga disebut sebagai Bandaraya Islam mempunyai banyak tarikan antaranya ialah Menara Rehal, Pasar Siti Khadijah, Masjid Beijing, Pantai Getting dan banyak lagi. Dengan adanya tempat – tempat menarik di sini membuatkan bandar ini dipenuhi dengan pelbagai jenis kenderaan. Ada sesetengah pelancong dari dalam dan luar negara lebih gemar menaiki kapal terbang untuk ke Kota Bharu. Ini kerana selain dapat menjimatkan masa, mereka juga boleh mengelak dari menghadapi kesesakan jalan raya sewaktu bercuti. Jadi bagi anda yang menaiki kapal terbang ke Kota Bharu ini, anda tidak perlu risau kerana terdapat perkhidmatan kereta sewa yang disediakan di sekitar Kota Bharu. Kereta Sew