Kereta Sewa Kota Bharu - Lundang 0197634646
Kereta Sewa Kota Bharu
Kota Bharu merupakan salah satu tempat yang sentiasa menjadi tumpuan orang ramai terutamanya pelancong dari dalam dan luar negara. Mana tidaknya Kota Bharu merupakan ibu kota negeri Kelantan dan merupakan bandar tertua di bahagian sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia. Kota Bharu yang juga disebut sebagai Bandaraya Islam mempunyai banyak tarikan antaranya ialah Menara Rehal, Pasar Siti Khadijah, Masjid Beijing, Pantai Getting dan banyak lagi. Dengan adanya tempat – tempat menarik di sini membuatkan bandar ini dipenuhi dengan pelbagai jenis kenderaan. Ada sesetengah pelancong dari dalam dan luar negara lebih gemar menaiki kapal terbang untuk ke Kota Bharu. Ini kerana selain dapat menjimatkan masa, mereka juga boleh mengelak dari menghadapi kesesakan jalan raya sewaktu bercuti. Jadi bagi anda yang menaiki kapal terbang ke Kota Bharu ini, anda tidak perlu risau kerana terdapat perkhidmatan kereta sewa yang disediakan di sekitar Kota Bharu.
Kereta Sewa Kota Bharu – Lundang merupakan salah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang mana harga yang ditawarkan sangat berbaloi dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Selain berpengalaman dalam bidang kereta sewa di Kota Bharu, syarikat ini juga merupakan rangkaian terbesar di Malaysia. Jadi anda tidak perlu risau kerana mereka sentiasa menyediakan perkhidmatan yang mantap dan pasti membuatkan anda berpuas hati dengan apa yang ditawarkan. Antara kelebihan yang boleh anda peroleh ialah keadaan kereta sewa akan diselenggara dengan baik sebelum kunci di serahkan kepada penyewa kerana syarikat ini benar-benar menitikberatkan keselamatan para pelanggan mereka. Selain itu juga, staff- staff juga mesra pelanggan dan sudah semestinya anda tidak akan berasa kekok apabila berurusan dengan mereka kerana mereka merupakan pekerja yang terlatih dan sudah mempunyai pengalaman dalam urusan kereta sewa ini. Kelebihan yang paling pelanggan inginkan sudah semestinya harga yang ditawarkan. Anda tidak perlu risau kerana harga yang ditawarkan sangat berpatutan dengan penyediaan servis yang terbaik untuk para pelanggan. Harga bermula dari RM 110/sehari dan anda akan dapat diskaun sekiranya anda menyewa lebih dari 1 hari ke atas. Selain itu, apabila anda memilih kereta sewa berbanding kenderaan awam lain seperti teksi atau bas, anda juga dapat menjimatkan duit minyak dan anda tidak perlu terikat dengan waktu teksi dan bas. Anda juga boleh menentukan laluan anda atau mengambil laluan alternatif bagi mempercepatkan perjalanan anda dari satu tempat ke tempat yang lain. Maka tidak hairanlah mengapa kereta sewa menjadi pilihan orang ramai kerana banyak manfaat yang boleh mereka peroleh.
Kereta Sewa Kota Bharu – Lundang ini menyediakan perkhidmatan beberapa jenis kereta sewa yang boleh anda pilih mengikut keperluan anda. Ada pelanggan yang lebih gemar membawa kenderaan besar supaya mereka dapat memborong pelbagai makanan dan kraftangan yang ada di jual sekitar Kota Bharu ini. Namun ada juga pelanggan yang lebih selesa memandu kenderaan yang bersaiz kecil. Jadi anda boleh membuat sendiri pilihan mengikut citarasa anda sendiri. Antara kenderaan yang boleh anda sewa ialah Perodua Axia, Perodua Myvi, Perodua Bezza, Perodua Alza, Honda City dan Hyundai Starex Royale.
Bagi anda yang ingin mendapatkan khidmat kereta sewa Kota Bharu – Lundang ini anda hanya perlu menyediakan beberapa dokumen antaranya ialah salinan kad pengenalan, salinan lesen memandu yang sah, salinan bil utiliti yang terkini. Pastikan anda menyediakan kesemua dokumen ini kerana jika tidak lengkap, pihak kereta sewa tidak dapat meneruskan urusan selanjutnya. Anda juga perlu menempah lebih awal kerana dikhuatiri kenderaan yang anda ingin sewa sudah di tempah awal oleh orang lain. Apabila anda sudah berada di Kota Bharu anda boleh mencari lokasi pejabat syarikat kereta sewa Kota Bharu – Lundang. Anda tidak perlu risau kerana tidak susah untuk mencari pejabat kereta sewa Kota Bharu – Lundang ini kerana ianya terletak 4km dari pusat bandar Kota Bharu dan berhampiran Kompleks Balai Islam, Open Universiti dan Kota Bharu Medical Centre (KBMC). Jadi bagi mereka yang memerlukan kereta sewa sewaktu berada di Kota Bharu Kelantan, anda bolehlah menempah dengan lebih awal dengan menghubungi talian dibawah
Direct line (8.30 am – 5.30 pm) – 019 763 4646
Website – www.klezcar.com / Kelantan: Kota Bharu - Lundang
Untuk maklumat lanjut anda juga boleh mengunjungi laman Facebook dan Instagram iaitu Klezcar – Lundang, Kota Bharu.
Akhir sekali, perkhidmatan kereta sewa yang disediakan ini dapat membantu para pelancong yang ingin melawat serta mengelilingi seluruh kawasan di Kota Bharu Kelantan ini. Walaupun tidak mempunyai kenderaan sendiri itu tidak menghalang anda untuk menyewa kereta dan memenuhi percutian anda dengan menikmati keindahan negeri yang popular dengan gelaran negeri Cik Siti Wan Kembang. Tiada yang mustahil dalam hidup ini, nak seribu daya tak nak seribu dalih. Jadi jika hendak menyewa kenderaan di Kota Bharu jangan lupa tempah awal bagi memudahkan urusan selanjutnya. Selamat bercuti dan menikmati percutian di Kota Bharu ini bersama keluarga tersayang.
Comments
Post a Comment