Kenapa Kereta Sewa Penting? - Kereta Sewa Kota Bharu 0197634646



Kereta Sewa

Kenapa kereta sewa ini penting?

Kereta sewa pandu sendiri memang boleh dikira antara yang terpenting di kala kita yang memerlukannya. Jika kita tidak berada di tempat mereka yang memerlukan, memang kita akan melihat kereta sewa pandu sendiri ini sebagai sesuatu yang tidak penting.

Kebiasaannya mereka yang memerlukan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri ini adalah mereka yang ada kereta, tetapi kereta mereka rosak atau tidak sesuai untuk perjalanan yang jauh. Ada juga yang memerlukan kereta yang lebih besar bagi memuatkan ramai penumpang.

Antara sebab lain adalah mereka yang mengalami kesukaran untuk membuat pinjaman bagi membeli kereta sendiri.

Ada juga mereka yang memang tidak mahu memiliki kereta sendiri kerana bagi mereka memiliki kereta sendiri ini adalah merupakan satu beban yang perlu ditanggung secara bulanan sepanjang tempoh pinjaman dengan bank. Bayaran bulan-bulan kepada bank, insurans dan cukai jalan setiap tahun, kos pembaikan jika ada kerosakan dan lain-lain lagi.

Bagi mereka yang berada disekitar bandar Kota Bharu, anda boleh mendapatkan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri di Kereta Sewa Kota Bharu ataupun Kereta Sewa Lundang. Lokasi kami betul-betul di hadapan KBMC. Di jalan utama, Jalan Sultan Yahya Petra.

Kalau perjalanan dari Bandar Kota Bharu ke Kubang Kerian melalui Jalan Sultan Yahya Petra, lokasi pejabat kami terletak di sebelah kiri, selepas Jabatan Pengairan dan Saliran. Satu bangunan dengan GDEX Ekspress.

Kami ada pelbagai pilihan kereta untuk disewa dengan kadar sewaan yang berpatutan.

Hubungi kami segera untuk mendapatkan kereta sewa anda.

Comments

Popular posts from this blog

Apakah Fungsi Klip Pada Cermin Pandang Belakang Kereta? -Kereta Sewa Kota Bharu 0197634646

Hyundai Starex Royale 2.5 (A)