Perodua Axia - Kereta Sewa Kota Bharu 0197634646


Perodua Axia

Memiliki kenderaan menjadi idaman setiap individu terutamanya bagi mereka yang sudah bekerjaya. Kereta merupakan salah satu keperluan untuk masa kini kerana ianya dapat memudahkan pergerakan seseorang dari suatu tempat ke tempat yang lain. Maka tidak hairanlah kereta sentiasa mendapat sambutan dari orang ramai terutamanya bagi mereka yang sudah bekerja.  Terdapat banyak pilihan kereta yang tersedia di negara ini yang boleh anda pilih mengikut citarasa dan bajet anda. Ada orang yang suka beli kereta yang kecil kerana bagi mereka ianya senang dipandu dan dikendalikan berbanding kereta besar tetapi ada juga orang yang lebih suka kereta yang bersaiz besar kerana banyak ruang dan sudah semestinya selesa bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai. Jadi pilihan di tangan anda, anda yang perlu menentukan jenis kereta apa yang anda inginkan. Terdapat banyak jenama kereta terkenal yang ada di Malaysia antaranya ialah Perodua, Proton, BMW, Honda, Toyota, Mazda, Ferrari dan banyak lagi. Setiap jenama kereta ini mempunyai kelebihan dan keunikan serta tarikannya yang tersendiri.

Perodua merupakan antara salah satu jenama kereta yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia kerana ianya merupakan antara jenama yang sangat popular di negara ini. Banyak permintaan kereta yang mereka perolehi dari orang ramai. Antara kereta yang dihasilkannya ialah perodua Myvi, perodua Axia, perodua Alza, perodua Bezza, perodua kancil dan banyak lagi. Perodua atau Perusahaan Otomobil Kedua merupakan syarikat pengeluar kenderaan Malaysia yang kedua setelah proton. Perodua ini mula beroperasi pada tahun 1993 dan perodua kancil merupakan kereta pertama yang dihasilkan yang mana kereta ini mendapat sambutan dari rakyat Malaysia. Kedudukan perodua lebih baik berbanding dengan proton kerana ianya menghasilkan kepelbagaian dalam setiap kereta yang diciptanya. Pada tahun 2012 sebanyak 189,000 unit kereta yang terjual dan ini menunjukkan jenama perodua ini menjadi pilihan utama di kalangan orang ramai di negara ini. Selain dari perodua Myvi, perodua Axia juga menjadi pilihan orang ramai khususnya mereka yang bujang dan ingin mengurangkan perbelanjaan yang lebih untuk kenderaan mereka.

Perodua Axia merupakan kereta hatchback lima pintu yang dihasilkan oleh pihak perodua dan ianya mula dilancarkan pada September 2014. Kereta ini dibangunkan berasaskan Daihatsu Ayla/ Toyota Agya. Bagi anda yang tertanya- tanya dari mana datangnya nama Axia ini, sebenarnya nama Axia ini diambil dari perkataan Asia. Huruf x di Axia ini pula mewakili nombor sepuluh yang mana perodua Axia ini merupakan model ke sepuluh Perodua. Pada 15 Ogos 2014, perodua membuka tempahan bagi kereta axia ini dengan harga permulaan RM 24,900 dan ianya mempunyai jaminan selama lima tahun. Terdapat beberapa kelengkapan yang ada pada kereta axia di bahagian luaran antaranya ialah roda, imobiliser, bumper yang mengikut warna badan dan pemegang pintu. Kereta axia ini juga mempunyai beberapa model iaitu perodua axia standard E, perodua axia standard G, perodua Axia SE dan perodua axia advance. Bagi bahagian dalaman pula ialah serupa seperti perodua Myvi. Antara kelengkapan yang ada di bahagian dalam kereta pula ialah cermin solek bagi penumpang, tempat duduk yang selesa, tingkap kuasa, EPS ( Electric Power Steering) dan ECO Drive indicator ( fuel efficiency coach).

Seterusnya ialah faktor keselamatan yang sentiasa dipandang serius oleh pelanggan kerana sudah semestinya kita inginkan yang terbaik untuk diri kita dan keluarga. Anda tidak perlu risau kerana perodua Axia ini telah diuji kemalangan oleh Program Penilaian Kereta Baru Asia Tenggara ( ASEAN NCAP), dan ianya mendapat pengiktirafan 4 bintang dan ini menjadikan perodua Axia merupakan model perodua kedua yang mendapat 4 bintang setelah perodua Alza. Bagi perodua Axia standard G, SE dan advance dilengkapi dengan system brek anti-kunci (ABS) dan perodua axia ini juga dilengkapi dengan 2 beg udara bagi setiap model kereta. Antara warna yang ada bagi perodua axia ini ialah warna hitam, kuning, merah, silver, putih dan hijau. Perodua axia ini juga menjadi rebutan kerana ianya tidak menggunakan minyak yang banyak atau paling senang cakap save minyak. Apabila kita dapat save minyak, kita dapat kurangkan perbelanjaan kereta, jadi ini antara salah satu sebab mengapa perodua Axia ini mendapat sambutan selain dari harganya yang mudah dan berbaloi.

Akhir sekali, bagi anda yang ingin mencari kereta yang dapat menjimatkan kos anda dan seterusnya mempunyai ciri – ciri keselamatan yang terbaik dan sudah semestinya mempunyai keunikan dan kelebihannya yang tersendiri, anda bolehlah menjadikan perodua axia sebagai pilihan anda dalam membeli kereta. Selain daripada mempunyai body yang menarik ia juga mempunyai warna – warna yang menawan sekaligus menjadi pilihan anak- anak muda pada masa kini. Banyak kelebihan dan manfaat yang anda boleh dapat apabila memilih perodua axia ini antaranya ialah mendapat jaminan selama lima tahun dan banyak lagi. Apa yang paling penting ialah ciri keselamatan yang ditawarkan oleh pihak perodua itu sendiri. Anda berhak menentukan mana yang terbaik buat anda kerana anda yang mengeluarkan wang dan pastikan ialahnya berbaloi dengan apa yang ditawarkan. “Customer always right”, merupakan ungkapan yang tepat kerana tiada siapa yang boleh paksa anda untuk membuat pilihan. Pastikan anda membuat perbandingan dari pelbagai aspek seperti ciri keselamatan yang ditawarkan, harga dan kelebihan yang ada sebelum anda membeli sesebuah kereta.











Comments

Popular posts from this blog

Apakah Fungsi Klip Pada Cermin Pandang Belakang Kereta? -Kereta Sewa Kota Bharu 0197634646

Hyundai Starex Royale 2.5 (A)

Kenapa Kereta Sewa Penting? - Kereta Sewa Kota Bharu 0197634646