Perodua Alza - Kereta Sewa Kota Bharu 0197634646



Perodua Alza

Siapa yang tidak kenal dengan jenama kereta perodua, ia merupakan salah sebuah jenama yang sangat popular di negara ini. Kebanyakkan kereta yang dihasilkan perodua mendapat sambutan hangat mana tidaknya pihak perodua sentiasa mengikut peredaran zaman dan yang paling penting mereka menjaga kualiti kereta dan keselamatan menjadi keutamaan mereka. Perodua atau Perusahaan Otomobil Kedua merupakan syarikat pengeluar kenderaan Malaysia yang kedua setelah proton. Ia ditubuhkan pada tahun 1993 dan kilangnya terletak di Sungai Choh, Serendah, Selangor. Perodua Kancil merupakan kenderaan awal yang dihasilkan oleh pihak perodua dan ianya mendapat sambutan hangat dari orang ramai. Seterusnya perodua terus mencipta beberapa jenis kenderaan lain seperti perodua myvi, perodua axia, perodua alza, perodua bezza dan banyak lagi. Perodua telah menggunakan reka bentuk komponen Daihatsu bagi setiap kenderaan yang dihasilkannya. Slogan korporat bagi perodua ialah “ Kehebatan Yang Pasti” iaitu dari 1997 sehingga 2009 dan Building Cars, People First dari 2009 sehingga kini.

Perodua alza merupakan salah satu kenderaan yang dihasilkan oleh pihak perodua dan sudah semestinya mendapat perhatian dari orang ramai. Perodua Alza merupakan MPV kompak yang dihasilkan oleh pihak perodua dan ianya menjadi pilihan bagi keluarga yang ramai kerana mempunyai ruang yang besar dan selesa. Kereta alza ini diilhamkan daripada Daihatsu Boon Luminas dan Toyota Passo Sette. Nama perodua Alza ini diambil dari perkataan Sepanyol yang bermaksud ‘bangkit’. Perodua alza juga merupakan MPV yang menggunakan bahan api yang terjimat berbanding dengan MPV model lain. Saiznya yang besar menjadikan ia salah satu pilihan untuk orang ramai kerana ianya sesuai di bawa jalan jauh dan sudah semestinya keselesaan menjadi keutamaan buat para pengguna. Enjin yang digunakan oleh perodua alza ini berkapasiti 1.5 liter.
Perodua alza ini boleh memuatkan seramai 7 orang penumpang pada satu – satu masa. Ini adalah beberapa spesifikasi tentang kereta perodua alza ini antaranya ialah jenis enjin yang digunakan oleh perodua Alza ini ialah 3SZ-VE. Kadar pemampatan ialah 10 dan sistem bahan api yang digunakan ialah EFI serta muatan bahan api sebanyak 42 liter. Perodua alza ini mula dicipta dan diperkenalkan pada tahun 2009 dan sehingga kini ianya mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai. Pada tahun 2014, pihak perodua telah menambahbaik kualiti dan keunikan yang ada pada perodua alza ini iaitu ianya didatangkan dengan tiga varian iaitu standard ( manual/auto), SE ( manual/auto) dan Advanced Version ( auto).  Dari sudut mekanikalnya pihak perodua masih lagi mengekalkannya seperti yang lama iaitu masih mengikut acuan model sebelum ini dengan menggunakan enjin 1.5 liter DVVT dan mampu menghasilkan kuasa maksimum 104 PS dan puncak tork 136Nm.  Sistem suspensi pula berada pada tahap sederhana di mana padanan MacPherson strut dengan gegelung spring pada bahagian hadapan dan topang torsion juga dengan gegelung spring untuk belakang. Manakala sistem brek yang digunakan ialah cakera brek dengan booster di bahagian hadapan dan brek dram di belakang dan perodua alza ini juga menggunakan brek parkir bagi menggantikan brek tangan sama seperti moden yang terdahulu.

Perodua alza varian Advanced Version merupakan antara perodua alza yang menjadi kegilaan orang ramai dan mendapat sambutan hangat mana tidaknya ia mempunyai bentuk yang menarik yang pastinya membuat si pembeli rasa berbaloi membelinya. Imejnya yang sporty dan ranggi membuatkan ramai orang terpegun dan memilih ia sebagai kenderaan mereka. Terdapat beberapa elemen  baharu yang diperkenalkan  pada kerangka kereta ini seperti bampar dan jeriji baharu yang sedikit tebal dan lampu utama projector membujur tanpa suar ( blinker). Lampu isyarat dan lampu belakangnya juga berlensa lebih cerah. Pada bahagian belakang kereta pula terdapat lingkaran berwarna hitam yang mengelilingi cermin belakang manakala lambang perodua dan alza terletak pada bahagian bawah lingkaran tersebut. Ia juga dipadankan dengan kit badan yang sporty dimana bampar hadapan dengan skirting dan di bahagian belakang pula spoiler yang menampilkan ciri – ciri aerodinamik, bampar bahagian belakanh juga lebih menawan dengan rim aloi bersaiz 15 inci dengan kekemasan titanium. Bagi bahagian dalam pula pihak perodua telah menambah perbaharuan seperti rekaan meter kluster yang lebih stylish, kekemasan ruang kabin dengan dua tona warna hitam dan kelabu dan di bahagian tempat letak tangan di bahagian konsol tengah antara tempat duduk pemandu dan penumpang di sebelah yang turut berfungsi sebagai ruang storan. Perodua alza varian advanced version ini juga membuat pembaharuan dalam sistem multimedia iaitu monitor pada bumbung bahagian dalaman dan sistem navigasi yang dilengkapi dengan skrin sesentuh LCD bersaiz enam inci yang turut memaparkan fungsi kamera undur.

Sememangnya pihak perodua akan memastikan banyak pembaharuan dalam setiap produk yang dihasilkan oleh mereka dan sudah semestinya mereka lebih mengutamakan kualiti produk yang mereka cipta. Aspek keselamatan juga menjadi keutamaan mereka kerana kenderaan yang hebat adalah kenderaan yang dilengkapi dengan peralatan yang selamat digunakan di samping dapat membantu mengurangkan kemalangan. Kereta perodua alza ini juga sesuai dibawa oleh orang perempuan kerana ianya mudah dikendalikan walaupun bersaiz agak panjang. Bagi anda yang ingin membeli kenderaan yang selesa dan mudah dikendalikan anda boleh menjadikan perodua alza ini sebagai salah satu pilihan anda. Perodua alza ini juga tidak mahal dan ianya sangat sesuai bagi individu yang inginkan kenderaan yang boleh memuatkan ramai orang dengan harga kereta yang berpatutan dan mampu milik. Jangan lupa pilih kenderaan mengikut keperluan anda dan pastikan ianya benar – benar memberi keuntungan dan dapat menjamin keselamatan pemandu dan para penumpang.   

Bagi mereka yang belum berkesempatan untuk memiliki sendiri Perodua Alza, anda boleh menyewa Perodua Alza pada harga RM 180/ hari dan anda akan menikmati lebih diskaun jika sewa lebih dari satu hari. Di Kereta Sewa Kota Bharu juga anda boleh menyewa untuk masa yang lebih lama dengan kadar sewaan yang lebih istimewa.

Hubungi kami segera di Kereta Sewa Kota Bharu untuk mendapatkan harga istimewa. Anda boleh menghubungi kami di Kereta Sewa Kota Bharu dengan pelbagai cara antaranya:

Call -- >> +60197634646
SMS -- >> +60197634646
Whatsapp -- >> wasap.my/60197634646

#KeretaSewa #KeretaSewaKotaBharu #KotaBharu #Lundang #KeretaSewaLundang #KeretaSewaKelantan #Klezcar #FbTravel #PasarSitiKhadijah #Kelantan #MakanMakanKotaBharu #CarRental #KotaBharuCarRental #KeretaSewaDiKotaBharu 


Comments

Popular posts from this blog

Apakah Fungsi Klip Pada Cermin Pandang Belakang Kereta? -Kereta Sewa Kota Bharu 0197634646

Hyundai Starex Royale 2.5 (A)

Kenapa Kereta Sewa Penting? - Kereta Sewa Kota Bharu 0197634646