Perodua Bezza - Kereta Sewa Kota Bharu 0197634646

Perodua Bezza

Perodua atau Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad merupakan syarikat pengeluar automotif Malaysia yang kedua setelah Proton. Ianya ditubuhkan pada tahun 1993 yang mana terletak di Sungai Choh, Serendah, Selangor. Pemegang saham Perodua ialah UMW Corporation Sdn Bhd, Toyota, MBM Resources Bhd, PNB Equity Resources Corporation Sdn Bhd dan Mitsui & Co. Ltd. Perodua mengeluarkan kenderaan ekonomi dan syarikat ini mempunyai lebih 10,000 pekerja dan ini menunjukkan syarikat perodua ini merupakan antara syarikat terbesar di Malaysia. Perodua juga menggunakan reka bentuk komponen Daihatsu. Perodua menjadi pengeluar terbesar kereta kompak di Asia Tenggara. Antara kereta yang dihasilkan pihak perodua ialah perodua alza, perodua viva, perodua axia, perodua rusa, perodua kembara, perodua myvi, perodua bezza dan banyak lagi. Slogan yang digunakan  oleh pihak perodua ialah “ Kehebatan Yang Pasti” ( 1997 – 2009) dan  Building Cars, People First ( 2009 – kini). Logo korporat yang digunakan oleh pihak perodua adalah logo yang dihasilkan oleh seorang pelajar seni bina dari Universiti Teknologi Malaysia iaitu Johnson Ng Weng Kuan. Logo itu digunakan dari 1993 sehingga 1997 dan seterusnya logo baharu digunakan dengan mengekalkan logo lama dan ianya diolah menjadi lebih menarik . Warna hijau yang terdapat pada logo perodua melambangkan tanggungjawab sosial kepada alam sekitar dan masyarakat, manakala warna merah pula membawa erti pembangunan tenaga kerja yang cekap dan daya tahan dalam menghadapi cabaran dalam dunia globalisasi. Logo ini mula digunakan pada tahun 1997 sehingga kini.

Perodua bezza merupakan salah sebuah kenderaan yang telah dihasilkan oleh pihak perodua. Ia mula dilancarkan pada 21 Julai 2016 dan bertindak sebagai rakan sedan kepada perodua Axia. Perodua bezza merupakan kereta sedan empat pintu yang dihasilkan oleh syarikat perodua. Nama bezza diambil dari perkataan beza. Huruf “zz” di dalam bezza mewakili nombor 22 iaitu sempena 22 tahun perodua dalam industri automotif negara ini. Ia juga merupakan kereta perodua yang pertama didatangkan dengan dengan ciri keselamatan kawalan kestabilan elektronik. Model keluaran perodua bezza ini berdasarkan model konsep Buddyz dan telah diberi nama kod D63D. Perodua bezza ini mempunyai tiga varian iaitu Standard G, Premium X dan Advanced. Bagi varian Standard G ianya dilengkapi dengan sistem audio dengan USB, slot telefon pintar di konsol belakang, tempat duduk fabric, roda stereng poliuretana dan sebagainya. Sememangnya sangat berbaloi bagi sesiapa sahaja yang memilih perodua bezza ini sebagai kereta yang ingin mereka beli.

Bagi perodua bezza varian Premium X pula terdapat peralatan dengan sistem audio yang telah dinaik taraf dengan USB dan didatangkan dengan Bluetooth, sandaran kepala laras tempat duduk belakang, pemegang pintu krom, petunjuk cermin sisi, lampu kabus depan, dan macam – macam lagi. Manakala bagi perodua bezza varian Advance merupakan versi “ premium tambahan daripada varian Premium X. Bagi varian Advance ini ia dilengkapi dengan roda 14 inci direka berbeza, yang berkuasa dan menarik balik cermin sisi dengan isyarat seterusnya dan skirting sisi. Ia juga dilengkapi dengan “ Eco- Idle Sistem” bagi tujuan mengurangkan penggunaan bahan api. Ciri – ciri keselamatan juga diambil kira dalam memastikan para pelanggan berada dalam keadaan selamat apabila memandu kereta perodua bezza ini. Semua varian perodua bezza ini mempunyai system brek anti – kunci ( ABS) dengan pengagihan daya brej elektronik ( EBD) dan bantuan brek ( BA), dua beg udara SRS untuk pemandu dan penumpang hadapan. Tambahan ciri keselamatan pada perodua bezza varian Premium X dan Advanced ialah dua bermata sensor letak kereta depan diletakkan di setiap sudut hadapan kereta serta tingkap perlindungan jem untuk tingkap kuasa sisi pemandu. Bagi varian Advance ia mempunyai kawalan kestabilan elektronik ( VSC), sistem kawalan cengkaman ( TRC), bantuan mula – daki (HAS). Perodua bezza varian Advanced ini mendapat penarafan 5 bintang NCAP ASEAN dan bagi perodua bezza varian Premium X dan Standard G pula mendapat 4 bintang.
Perodua bezza ini mempunyai dua pilihan enjin iaitu berkapasiti enjin 1.0L dan 1.3L. Seterusnya Perodua bezza juga menggunakan sistem mula- henti ( Eco Idle) pada varian Premium yang mana ia menyamai teknologi i- Stop yang digunakan oleh Mazda2. Sistem ini berfungsi mematikan dan menghidupkan enjin pembakaran dalaman secara automatic bagi mengurangkan masa enjin melahu dan ianya dapat menjimatkan penggunaan bahan api. Kereta perodua bezza ini juga menyediakan waranti selama 5 tahun atau 150, 000km. Jadi ia sangat berbaloi untuk anda miliki. Perodua bezza ini juga mula dijual pada harga RM 37,300 sehingga RM 50,800. Pihak perodua juga mengatakan bahawa bezza adalah model mereka yang bersifat paling aerodinamik dengan catatan 0.286 cd. Banyak ciri luarannya yang menampilkan sifat aerodinamik seperti sirip aerodinamik dan lantainya yang rendah. Ruang bahagian belakang atau bonet sangat besar dan ianya sesuai dibawa jalan jauh.

Akhir sekali, perodua bezza ini sangat sesuai bagi mereka yang mencari sebuah kenderaan yang mempunyai ruang yang besar dan selesa di samping dapat memuatkan 5 orang penumpang dalam satu – satu masa. Perodua bezza ini juga menjadi idaman khususnya para wanita kerana bonet belakangnya sangat besar dan mereka dapat letak pePerodulbagai barangan di situ. Sememangnya banyak keunikan dan kepentingan yang ada pada perodua bezza ini dan yang paling penting sudah semestinya ia dilengkapi dengan ciri – ciri keselamatan yang terbaik sekali gus menjadikan ia sebagai salah sebuah kereta perodua yang  menjadi rebutan dan idaman orang ramai. Jadi anda boleh memilih kenderaan bezza mengikut varian yang anda inginkan. Semuanya terletak pada diri anda dan sudah semestinya mengikut bajet yang telah anda tetapkan.

Bagi mereka yang belum berkesempatan untuk memiliki sendiri Perodua Bezza, anda boleh menyewa Perodua Bezza pada harga RM 120/ hari dan anda akan menikmati lebih diskaun jika sewa lebih dari satu hari. Di Kereta Sewa Kota Bharu juga anda boleh menyewa untuk masa yang lebih lama dengan kadar sewaan yang lebih istimewa.

Hubungi kami segera di Kereta Sewa Kota Bharu untuk mendapatkan harga istimewa. Anda boleh menghubungi kami di Kereta Sewa Kota Bharu dengan pelbagai cara antaranya:

Call -- >> +60197634646
SMS -- >> +60197634646
Whatsapp -- >> +60197634646

#KeretaSewa #KeretaSewaKotaBharu #KotaBharu #Lundang #KeretaSewaLundang #KeretaSewaKelantan #Klezcar #FbTravel #PasarSitiKhadijah #Kelantan #MakanMakanKotaBharu #CarRental #KotaBharuCarRental #KeretaSewaDiKotaBharu 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Apakah Fungsi Klip Pada Cermin Pandang Belakang Kereta? -Kereta Sewa Kota Bharu 0197634646

Hyundai Starex Royale 2.5 (A)

Kenapa Kereta Sewa Penting? - Kereta Sewa Kota Bharu 0197634646